click to enable zoom
Loading Maps
We didn't find any results
open map
My Location Fullscreen Prev Next

Your search results

Ucapan Bajet 2016 Tentang Hartanah

Posted by admin on October 24, 2015
| 0

bajet2016..

Apakah yang di sebut di dalam Bajet 2016 oleh Perdana Menteri kepada industri HARTANAH ?

Berikut ialah petikan ucapan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri pada 23 oktober di Dewan Rakyat.

1. ” …pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah. ”

**sekarang ini, jika pembeli rumah pertama di bawah RM 500k anda memang layak untuk mendapat potongan 50%. Potongan 20% ini akan mengurangkan lagi potongan sedia ada ? kami melihat fasa ini adalah untuk perumahan PR1MA.

2. ” Membina 175 ribu unit rumah oleh PR1MA, yang dijual 20 peratus di bawah harga pasaran, dengan peruntukan 1.6 bilion ringgit. Sebanyak 10 ribu unit dijangka siap tahun hadapan; ”

3. ” Membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, dengan pemberian subsidi 20 ribu ringgit bagi seunit rumah dengan peruntukan 200 juta ringgit; ”

4 ” Membina 100 ribu unit rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M, menjelang tahun 2018, dengan harga di antara 90 hingga 300 ribu ringgit. Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos pembangunan disediakan; ”

5 ” Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT dengan peruntukan 863 juta ringgit;”

6 ” Menyediakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah KPKT, sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit. Untuk ini, 200 juta ringgit diperuntukan; ”

**bagi perumahan pr1ma yang di bina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, anak syarikat di bawah MOF.

7 ” Membina 5 ribu unit rumah PR1MA dan PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT serta monorel, antaranya di Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa; ”

8 ” Memperuntukkan 60 juta ringgit kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli; ”

9 ” Membina rumah untuk generasi kedua peneroka, iaitu 20 ribu unit rumah oleh FELDA, 2 ribu unit rumah oleh FELCRA dan 2 ribu unit rumah oleh RISDA. Bagi rumah FELDA, harga maksima kini diturunkan kepada 70 ribu ringgit berbanding 90 ribu ringgit sebelum ini; ”

10 ” Membina 800 unit rumah mampu milik oleh GLC berhampiran stesen MRT dalam Kawasan Pusat Bandar Kwasa Damansara oleh Kwasa Land milik KWSP, dan 4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime Darby Property; dan ”

11 ” Memperuntukkan 40 juta ringgit di bawah KPKT, bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai. Selain itu, pengecualian duti setem diberikan ke atas surat cara pembiayaan pinjaman kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai.”

12 ” 150 juta ringgit bagi membina dan membaik pulih 11 ribu rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW; dan Kedua: 155 juta ringgit bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah, dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT. Antara lain, tabung ini membolehkan pembiayaan 100 peratus untuk pembaikan lif, railing, serta pendawaian semula.”

13 ” Tidak cukup sekadar itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, sedang merancang untuk membina tambahan 2 ribu unit lagi rumah mampu milik, kepada anggotanya bermula tahun hadapan.”

14 ” Merancang untuk membina 2 ribu unit lagi rumah mampu milik bagi anggota Polis Diraja Malaysia atau PDRM, antaranya di Rawang dan kawasan-kawasan yang sedang dikenalpasti; ”

**Bajet 2016 telah menambah peruntukan bagi perumahan PR1MA, perumahan kakitangan penjawat Awam PPA1M, Orang asli, Tentera, FELDA, FECRA, dan Polis.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Top