Your search results

Proses Beli Rumah

Membeli rumah adalah satu langkah besar yang melibatkan situasi kewangan jangka masa panjang. Jadinya, ianya memerlukan penelitian berkenaan kemampuan dan kesediaan pembeli. Namun, hasil dan nilai dalam membeli rumah amatlah berbaloi dan memberikan kepuasan dengan rumah impian anda dan pulangan yang baik dengan pelaburan anda.

 

 

 

Segalanya Bermula Di sini

Untungnya Miliki Rumah Sendiri

Miliki rumah boleh sebenarnya akan menaiktaraf kualiti kehidupan sesebuah keluarga, memberikan kestabilan hidup dan memberikan anda situasi  di mana anda mengawal sepenuhnya yang mana anda tidak akan dapat jika menyewa rumah orang lain. Anda tetap dapat tinggal jika menyewa, namun membeli rumah adalah lebih dari tempat tinggal, lebih dari itu.

Pelaburan Anda:

Membayar pinjaman perumahan secara bulanan adalah sebuah sistem ‘simpanan’ untuk anda dan generasi anda, bukan kepada tuan rumah anda jika anda menyewa.

Pembayaran Bulanan Yang Tetap : 

Tidak seperti sewa, kenaikan harga sewa rumah boleh dikatakan kekerapan setiap 2 atau 3 tahun sekali. Berbeza dengan bayaran pinjaman perumahan anda secara bulanan, ianya adalah pembayaran tetap dan tidak berubah dalam jangka masa panjang. **(Jika berlaku perubahan disebabkan kenaikan BLR oleh Bank Negara, ianya satu perkara yang sangat jarang untuk berlaku).

#Kakipersegi.com Tip!

” Tengok pada rumah yang anda boleh untuk duduk dalam jangka masa panjang, rumah yang bakal anda ‘membesarkan’ keluarga anda. Tempat di mana boleh memberikan keperluan kepada keluarga anda.  Cari ejen hartanah yang memahami lifestyle dan kehendak anda. Pastikan mereka tahu kejiranan seperti mana yang anda inginkan, dan yang boleh memberi jawapan tentang lokasi dan area di situ.*hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Pentingnya Mencari Rumah Menggunakan Ejen Hartanah

Transaksi membeli hartanah suatu proses yang kompleks, melibatkan penelitian paperwork dan memerlukan rangkaian perkhidmatan lain yang bersangkut-paut.

Perunding hartanah yang berpengalaman akan memberikan anda tunjuk ajar melalui proses-proses pembelian, menjawab persoalan yang bermain difikiran anda dan berkhidmatan sebagai wakil anda di dalam proses pembelian. Ejen anda akan membantu anda mencari hartanah atau rumah yang mengikut spesifikasi keperluan anda, membantu anda dalam urusan tawaran, mewakili anda dalam rundingan harga rumah, mencadangkan kepada anda kontraktor terbaik jika diperlukan, peguam yang berpengalaman dan hal-hal yang relevan bagi melancarkan pembelian rumah anda.

Dengan ejen yang mewakili anda, anda mempunyai seseorang dipihak anda, memastikan hak anda dilindungi dari setiap langkah dan proses. A to  Z.

Apakah kos yang perlu saya bayar jika perunding atau ejen hartanah mewakili saya dalam pembelian hartanah ?

Sebagai pembeli, anda tidak perlu bayar sebarang fi kepada ejen anda. Sebaliknya, ejen hartanah ini akan menerima fi mereka melalui ejen di pihak tuan rumah atau penjual. Pembahagian komisen itu adalah dari penjual.

Namun, tidak menjadi suatu kesalahan jika anda memberikan sebarang insentif kepada ejen anda. Ianya tidak wajib.

#Kakipersegi.com Tip!

” Dalam pemilihan ejen hartanah, carilah mereka yang berpengalaman di dalam sesuatu kawasan. Atau mereka boleh memahami kehendak dan keperluan yang anda idamkan. Kakipersegi.com mempunyai rankaian agensi lebih 600 perunding hartanah di seluruh pelusuk lembah klang dan Selangor khususnya. Kakipersegi.com menawarkan khidmat mewakili anda di dalam sebarang bentuk pembelian hartanah. Termasuk semakan percuma kelayakan loan anda. Hubungi untuk maklumat lanjut.”

Membuat Keputusan Dimana Anda ingin Tinggal ?

Jika anda tidak familiar pada satu-satu kawasan, ejen anda adalah sumber yang bernilai menjadi rujukan. Dia akan memberikan anda maklumat berkaitan kejiranan, sekolah, akses lebuhraya, pusat membeli rumah, kemudahan terdekat, dan yang lain-lain yang berkaitan area tersebut.

Tersangat penting untuk mendapat gambaran yang jelas tentang spesifikasi property atau lokasi. Membuat senarai “mesti ada” dan senarai fleksibel “Bonus jika ada” dari mula akan memudahkan anda dalam pencarian rumah idaman anda.

Faktor Penting Untuk Dipertimbangkan


 

  1. Saiz Rumah : keluasan kakipersegi, bilangan bilik, bilik air dll.
  2. Ciri Utama rumah : Ubahsuai rumah, kabinet dapur, saiz tanah, stor, parking kereta dll.
  3. Lokasi : Jarak dengan sekolah, taman permainan, pasaraya dll.
  4. Ruang/bilik Extra : Bagi perancangan keluarga yang akan ‘grow‘, bilangan anak-anak, tambah bilik, bilik extra,
  5. Kondisi Rumah : Sedia pindah masuk atau diperlukan pembaikian atau ubah suai diperlukan ?

Ejen hartanah anda akan menawarkan nasihat yang berkaitan dengan kehendak anda dari sudut lifestyle anda, dan bajet anda secara khususnya.

#Kakipersegi.com Tip!

” Anda boleh jika berkesempatan bersembang dengan kejiranan sebelum membuat sebarang tawaran untuk rumah yang anda hendak beli. Anda boleh merujuk senarai hartanah untuk pencarian rumah anda atau hubungi kakipersegi.com untuk membuat carian rumah untuk anda dan memberikan nasihat PERCUMA. Di dalam kebanyakan kes, adalah kadang-kadang baik membeli rumah yang agak kecil tetapi area disitu adalah area yang tinggi permintaannya daripada anda membeli rumah saiznya besar tetapi area yang tidak ada permintaan untuk orang tinggal disitu. “

Proses Selepas Anda Setuju Hendak Membeli

Kebanyakannya, pembeli membuat strategi carian untuk beli rumah bermula dengan step rujukan dari kawan atau saudara, rujukan oleh orang lain (termasuk ejen anda) dan digabungkan dengan pencarian atas talian (online search).

Kadang-kadang, pencarian mengambil masa. Sesetengah mereka nak membeli dengan kadar segera. Cepat atau lambat, ejen anda menjadi sumber bernilai dalam carian anda. Mengurus dan meniliti jika terdapat sebarang isu di dalam pencarian anda.

Di sini Kakipersegi.com memberikan gambaran jelas apa yang perlu anda tahu proses jika anda bersetuju untuk membeli satu-satu rumah.

Pembeli membuat tawaran

Di sini langkah permulaan anda! Anda dah jumpa rumah yang anda minati, anda berpuas hati dengan status rumah, sudah teliti perbandingan yang dibuat, nilai pasaran dan sebagainya. Bagitahu kepada ejen anda dengan tawaran yang anda buat dan ejen akan berbincangan dengan pihak tuan rumah atau ejen kepada tuan rumah berkenaan tawaran anda. Penjual kemungkinan terima tawaran anda pada tawaran yang pertama, tetapi selalunya anda akan dapat counter-offer dari pihak penjual. Secara faktanya, ianya adalah perkara biasa jika terdapat sebarang rundingan timbal balik terhadap tawaran yang anda buat, dan ejen anda akan memainkan peranan yang penting di dalam proses rundingan ini.

Penjual Terima Tawaran

Selepas semua pihak berpuas hati dan bersetuju dengan tawaran, Kedua-dua pihak secara tidak rasminya telah mencapai kata sepakat di dalam penjualan dan pembelian sebuah rumah dan semua bersetuju untuk meneruskan langkah seterusnya iaitu Perjanjian Jual Beli (SNP/SPA).

Pembeli Membayar Wang Pendahuluan (earnest deposit)

Bagi memastikan lagi urusan ini, pembeli dikehendaki meletakkan wang pendahuluan sebagai booking terhadap property tersebut. Kebiasannya anda akan diminta untuk meletakkan 3.18% atau 3% daripada harga rumah. PERINGATAN! pembayaran tunai amat tidak digalakkan. Apa yang perlu anda buat ialah cheque, atau bank draft atas nama agensi ejen hartanah yang menguruskan proses pembelian ini. Agensi hartanah bertindak sebagai stakeholder. Wang tersebut telah termasuk di dalam deposit 10% anda.

Pembeli Memohon Pinjaman Bank

Step ini akan lebih mudah jika anda telahpun membuat semakan awal kelayakan loan anda. Pada kebiasaanya ejen hartanah anda akan menguruskan hal ni A to Z.  Apa yang perlu anda buat adalah menyediakan dokumen yang sepatutnya. Step ini terkecuali kepada mereka yang membeli rumah dengan bayaran tunai ataupun pemohon merupakan kakitangan kerajaan dan memohon pinjaman melalui Bahagian Pinjaman Perumahan kerajaan.

Semakan “House Background” Oleh Bank

Selepas anda membuat permohonan pinjaman, Pihak bank akan membuat semakan latar belakang rumah yang anda beli. Di sini pada kebiasannya boleh menjadi potensi untuk pinjaman tidak diluluskan sebagai contoh semakan nilai semasa rumah tersebut jau lebih rendah dari harga jualan, ini menyebabkan pembeli perlu top up cash bagi menampung baki dari pinjaman yang diluluskan. Step tersebut pihak bank akan membuat semakan dari agenci penilai hartanah. Antara lain pihak bank akan menyemak status pemaju. Sesetengah kes, bank tidak memberikan pinjaman atas dasar pemaju yang telah bankrup. Ini standar Procedure (SOP) oleh mana-mana bank. Selain itu , secara ekonomiknya bank akan memberikan pinjaman di kawasan-kawasan yang tidak mendedahkan kepada risiko. Sesetengah kawasan bank tidak memberikan pinjaman atas faktor tersebut.

Tandatangan Perjanjian Jual Beli

Selepas pinjaman anda diluluskan, Ejen hartanah pada kebiasaanya akan mencadangkan peguam untuk dilantik bagi mewakili anda di dalam urusan perjanjian jual beli. Ada sesetengah pembeli mereka telah pun mempunyai calon peguam mereka yang tersendiri. Terdapat kes yang hanya menggunakan seorang peguam, dan ada juga kes yang menggunakan dua orang peguam (peguam pihak penjual dan pembeli) yang mana antara keduanya adalah boleh dan tiada sebarang masalah. Peguam akan memastikan bahawa rumah yang anda beli tiada sebarang sekatan dan selamat untuk dibeli. Selepas anda menurunkan tanda tangan, tiada lagi berpatah balik. Nanti! anda belum lagi tuan rumah yang baru, ini hanyalah syarat untuk menjadi tuan rumah yang baru yang mana anda telahpun mengesahkan di dalam perjanjian tersebut.

Guaman : Proses Pindah Milik Rumah

Bahagian ini peguam akan memainkan peranan yang sangat penting. Mereka akan mewakili anda di dalam berurusan dengan pihak pemaju, membuat permohonan ke Pejabat Tanah dan kerajaan negeri. Fail anda akan dijaga oleh peguam sehingga selesa urusan Memorandum Of Transfer (MOT) yang mana menegsahkan anda sebagai pemilik rumah yang baru. Semua urusan tersebut mengambil masa lebih kurang 3 ke 6 bulan maksimum. Sesetengah lebih dari itu seperti keadaan pemindahan pemilik dari bumiputra ke bukan bumiputra.

Kemas Barang Anda!

Selepas peguam memberitahu anda bahaw MOT dan urusan perpindahan hakmilik rumah telah selesai. Tahniah! anda pemilik rumah yang baru! Letakkan pen anda, berjabat tangan, berbalas senyuman dan mula packing baju anda untuk pindah masuk!

#Kakipersegi.com Tip!

“Bagi memastikan urusan berjalan dengan lancar, anda dan ejen anda perlulah berkerjasama antara satu sama lain. Anda dinasihatkan menyediakan dokumen terlebih awal sebagai persiapan untuk memohon pinjaman perumahan kepada Bank seperti slip gaji, EPF statement atau bank statement. Mohon pinjaman melalui ejen hartanah ini kerana ejen hartanah telahpun menyemak nilai hartanah semasa dan telahpun bekerjama dengan pihak sebelum menjual rumah tersebut kepada anda. Sebaliknya mungkin boleh berlaku masalah jika anda menguruskan sendiri tambahan pula anda pertama kali membeli rumah. Hubungi untuk buat semakan pinjaman”

LET US GUIDE YOU
CARI SEKARANG!

KEMPEN 'CARI RUMAH UNTUK SAYA'

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Top