Your search results

Proposal MRT II (SSP line) Lulus !

Posted by admin on October 25, 2015
| 0

mrtBerita yang di tunggu-tunggu oleh penduduk Lembah Klang yang akan memberi impak besar kepada aktiviti harian
penduduk akhirnya boleh menghembus nafas lega apabila projek MRT kedua yang melibatkan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya telah diberikan lampu hijau oleh Kerajaan.

MRT Corporation telah menerima surat kelulusan tersebut pada 22 Oktober lalu oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mengandungi pengesahan bagi final alignment dan stesen SSP Line.

Projek yang akan menampung  2 Juta pengguna ini lulus setelah selesai 3 bulan pungutan suara penduduk (public inspection) proposal SSP line antara 25 Mei 2015 dan 17 Ogos 2015 di mana telah ditempatkan pada 26 lokasi yang  melibakan kawasan-kawasan proposal stesen.

Kesemua maklum balas dari penduduk dan bangkangan bagi proposal tersebut ketika public inspection telah diserahkan kepada Kerajaan sebagai sebahagian daripada proses kelulusan. Anggaran sekitar 40,000 orang telah melawat Public Inspection booths dan lebih 10,500 maklum balas diterima daripada penduduk dimana 90% menyatakan sokongan terhadap projek ini.

MRT Corp sekarang akan memulakan pembinaan yang menjadi line kedua di Lembah Klang setelah MRT 1 yang melibatkan Sungai Buloh-Kajang Line (SBK) akan beroperasi pada hujung tahun 2016.

mrt alignment

MRT SSP line merangkumi 25 stesen bertingkat (elevated station) dan 11 stesen di bawah tanah (underground station) dan satu stesen separa di bawah paras bawah tanah (half-sunken).

MRT 2 dibahagikan kepada 2 fasa. Fasa pertama di antara stesen Sungai Buloh ke Kampung Batu, dan dijangka akan mula beroperasi pada Julai tahun 2021, manakala fasa kedua dijangka mula beroperasi pada Julai 2022. Sama seperti MRT SBK line (Sungai Buloh-Kajang) dimana Fasa pertama akan mula beroperasi pada hujung tahun 2016, manakala fasa kedua akan mula operasi pada Julai 2017.

MRT Corporation menjangkakan MRT SSP line akan menampung seramai 500,000 penumpang sehari setelah siap sepenuhnya tahun 2022.

MRT Kesannya pada Hartanah ?

Semestinya berita lulusnya MRT 2 ini bukan sahaja memudahkan penduduk di masa hadapan kepada 37 lokasi di pinggir bandar, malah menjadi tarikan utama kepada pelabur-pelabur hartanah yang mengambil peluang ini sebagai masa yang terbaik untuk melabur.

Impak pada kenaikan nilai hartanah

Semestinya, hartanah yang berdekatan MRT adalah lokasi utama menjadi target populasi. Permintaan tinggi kepada hartanah kawasan ini menjadikan hartanah tadi akan menjadi kegemaran pembeli atau penyewa. Semakin dekat hartanah dengan kemudahan awam semakin tinggi permintaan. Apabila jumlah permintaan tinggi berbanding hartanah sedia ada, maka rate sewaan juga akan kesan meningkat.

Sehingga siap sepenuhnya pada tahun 2022, lebih kurang  7 tahun lagi dari sekarang yang memberikan satu tempoh dan peluang untuk mereka yang meminati untuk miliki hartanah di kawasan-kawasan yang akan dibina projek besar ini.

________________________________________________________________________

 

  • Jika anda berminat untuk membeli hartanah. sila hubungi untuk mendapat nasihat hartanah secara PERCUMA.
  • Ingin bertanya lanjut berkenaan jual atau sewa hartanah anda ? rujuk jual rumah dengan efektif dan,
  • Jika anda berminat untuk menyemak harga semasa rumah andam kami menawarkan khidmat semakan secara PERCUMA. Rujuk semakan nilai hartanah.
  • Like facebook page kakipersegi.com untuk property update dan info hartanah.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Top